PROSES PENGELUARAN PEMBUATAN BATA

PROSES PENGELUARAN PEMBUATAN BATA

PROSES 1

  • Tanah laterit (bukit) akan dikeringkan 95 peratus terlebih dahulu.
  • Setelah kering, tanah tersebut akan dikisar dan ditapis menggunakan mesin pemecah tanah (crusher).
  • Kemudian akan dibuat ujian ‘sieve analysis’ yang bertujuan untuk mengetahui nisbah kandungan tanah sebagaimana yang dihendaki mengikut spesifikasi.
  • Nisbah campuran ialah 60% tanah 40 % pasir (lebih kurang 112 kg tanah 168kg pasir 20kg air 50kg semin).
  • 1 bag (50kg) semin akan dapat 63 hinga 70 biji bata .

 

PROSES 2

  • Tanah tersebut akan ditimbang untuk menyesuaikan dengan sukatan pasir simen dan air.
  • Selepas itu, kandungan tanah simen dan pasir akan digaul menggunakan mesin pembancuh sehingga sebati kemudian barulah dimasukkan air. Tempoh untuk menggaul bahan-bahan tersebut adalah selama lima (5) minit.
  • Apabila semua bahan telah sebati, ujian kemampatan akan dilakukan ke atas bancuhan tersebut .

 

PROSES 3

  • Apabila didapati bancuhan tersebut sesuai, ia akan diambil untuk dimasukkan ke dalam acuan.
  • Kemudian, acuan yang telah diisi dengan bancuhan tersebut akan dimampatkan menggunakan mesin manual atau pun mesin hidraulik.
  • Hasil daripada proses ini dikenali sebagai ‘Bata Siap Mampat’ interlocking.

 

PROSES 4

  • ‘Bata Siap Mampat’ tersebut akan diletakkan di atas rak yang diletakkan dikawasan berbumbung.
  • Selepas 1 hari bata tersebut akan dipindahkan ke atas palet untuk dijemur selama satu (1) minggu.
  • Sesekali bata tersebut harus disiram dengan air bagi tujuan pengawetan.
  • Hasil dari proses ini dikenali sebagai ‘Bata Interlocking SAFIDO’.

 

PROSES 5

  • 1 mesin interlocking keluaran 2 biji bata perlu 4-5 orang tenaga kerja
  • 1 mesin interlocking keluaran 2 biji bata fully auto  4 orang tenaga kerja
  • Kekuatan tekanan mesin 12 hinga 30 tan
  • Saiz bata ialah 250 X 125 X 100 cm
  • Berat bata ialah 5 kg satu biji

430 total views, 3 views today